Monday, June 15, 2009

Antaramuka Shutdown

kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang antaramuka shutdown.bagi seorang pengguna windows,mungkin kita tidak pekda dengan benda ni,tapi saya ingin berkongsi dengan anda semua.Shutdown ialah utiliti arahan perintah untuk mematikan sistem komputer dengan hanya satu klik.anda boleh mematikan(shutdown),memulakan semula(restart) dan log off anda punya akaun dengan mudah.

Untuk melancarkan arahan-arahan ini dalam bentuk antaramuka dialog, gunakan arahan:

shutdown -i

bila kita taip arahan diatas pada command prompt.paparan di bawah akan muncul.selamat mencuba.


Nikmati kehebatan jalur lebar DiGi

Apabila penulis diberikan jalur lebar mudah alih DiGi untuk diuji, memang sesuatu yang dinantikan sementelah syarikat pembekal telekomunikasi ini antara yang terkini mendapat lesen.

Apa hebatnya jalur lebar mudah alih DiGi dibandingkan dengan pesaingnya?

Pengalaman menggunakan jalur lebar mudah alih operator yang lain banyak membantu membuat perbandingan.

Pada majlis pelancarannya, wartawan yang ingin mencuba jalur lebar mudah alih DiGi akan ditanya kawasan tempat tinggal.

Ini bagi memberikan gambaran terperinci mengenai kawasan liputan jalur lebar mudah alih DiGi untuk pelanggan.

Jika tempat kediaman pelanggan tidak terdapat dalam liputan 3G DiGi, pelanggan dinasihatkan tidak melanggan sehingga terdapat liputan.

Sebelum itu, pelanggan akan diminta menjawab beberapa soalan sebelum disyorkan dengan pakej yang ada.

Antara soalan yang ditanya adalah:

1. Sekerap mana anda di atas talian?

a. Setiap hari

b. Seminggu sekali

c. Sebulan sekali

2. Berapa jam anda menghabiskan diri atas talian setiap kali melayari Internet?

a. Aatu hingga dua jam

b. dua hingga enam jam

c. enam jam atau lebih

3. Apa yang anda lakukan semasa berada di atas talian?

a. E-mel dan instant messaging

b. melayari dan rangkaian sosial

c. muat turun dan hiburan

Pelanggan akan diberikan pilihan pakej mengikut penggunaan seperti discover, explore dan extreme.

Penulis diberikan pakej extreme untuk dicuba dan sebenarnya kawasan perumahan penulis tidak mempunyai liputan 3G.

Walaupun demikian penulis masih dapat melayari Internet dengan baik tanpa masalah terutama bila berada berhampiran tingkap atau pintu.

Cara menyambungkan modem sama dengan yang lain, pengguna hanya sambungkan modem dan segalanya akan dimuat turun sendiri.

Selepas semuanya dimuat turun, satu laman DiGi Internet akan dipaparkan dan pengguna hanya perlu menekan Connect.

Selepas itu pengguna boleh melihat statistik kelajuan muat turun dan muat naik pada masa itu

Kepelbagaian fungsi ATM pintar


SYARIKAT teknologi global, NCR Corporation baru-baru ini memperkenalkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terbarunya sebagai tambahan kepada perkhidmatan SelfServ ATM sedia ada di Malaysia.

Mesin yang diberi nama NCR SelfServ TM 31 dan SelfServ 36 itu mempunyai kelebihan fungsi deposit tunai pintar serta kebolehan kitar semula.

Dengan kapasiti penerimaan wang kertas yang tinggi termasuk aktiviti mendeposit dan validasi sehingga 200 helai, NCR SelfServ ATM akan dapat meminimumkan penggunaannya di kalangan pengguna.

Selain itu, kepintaran sistemnya juga menawarkan kelebihan penerimaan deposit pelbagai jenis mata wang selain aktiviti kitar semula dengan kapasiti pembahagian ruang sehingga 16,400 keping wang kertas.

Selain bersaiz kompak dan paparan antara muka yang luas, mesin tersebut juga memberi peluang kepada pihak bank menjana pendapatan melalui pembayaran bil, pemindahan dana, kiriman wang, tambah nilai pada telefon bimbit serta sistem kupon.

''SelfServ ATM menawarkan pelbagai kemudahan yang fleksibel bersama ciri tambahan seperti fungsi bacaan kad tanpa hubungan serta teknologi biometrik,'' katanya.

Mesin itu juga dibangunkan dengan teknologi pemulihan sendiri di mana sistem akan kembali berfungsi normal secara automatik jika berlaku sebarang gangguan atau kegagalan dan proses tersebut hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit.

Menerusi panel operator grafik yang intuitif pula, pengguna dapat mengakses mesin tersebut dengan lebih mudah sama ada dari bahagian depan, belakang atau pun tepi.

Kedua-dua model berkenaan juga dibangunkan menggunakan kabel khas bagi meminimumkan penggunaan kuasa serta pembaziran kertas sekali gus mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

Wednesday, June 3, 2009

Produk baru Acer lebih hebat










JANGKA hayat bateri yang tidak bertahan lama sering menjadi masalah kepada pengguna laptop namun Acer menerusi segmen Timeline berjaya memberikan pelayaran perkomputeran lebih lama.

Kini, pengguna boleh menggunakan Acer Aspire Timeline 3810T-942G50 sehingga lapan jam dengan sekali cas.

Tempoh melayari Internet serta hiburan lebih lama itu dibantu pemprosesan rendah voltan menerusi teknologi Intel Centrino2 selain memaparkan reka bentuk senipis satu inci.

Bersesuaian dengan konsep laptop itu sendiri, Aspire Timeline dilengkapi teknologi penyejukan Intel Laminar Wall Jet yang tidak memanaskan paha anda sekiranya diletakkan untuk tempoh lama.

Selain itu, Acer memperkenalkan unit pemprosesan komputer (CPU) lebih kecil berbanding peranti tradisional yang mampu menjimatkan 70 peratus tenaga.

AspireRevo adalah revolusi 'nettop' dengan penggunaan platform Intel Atom 230 serta pemproses grafik NVIDIA ION yang tidak berkompromi dengan hiburan multimedia.

Peranti ini mampu dilekatkan di belakang monitor atau mana-mana TV LCD untuk memberi keupayaan semua-dalam-satu dalam dunia perkomputeran.

Hadiah untuk pengguna Kingston


Kingston Technology Company Inc. memberi peluang kepada peminatnya terutama pelajar untuk menyertai pertandingan 'VERIFY & Win' bermula 23 Mei dan berakhir pada 21 Jun 2009.

Pengguna Kingston hanya perlu melayari laman Kingston dengan memasukkan kod pengesahan pembelian barangan memori Kingston tanpa sebarang borang penyertaan mahupun slogan.

Pelbagai hadiah lumayan seperti kit HyperX DDR2, Kingston DataTraveler Terra Cotta dan Nintendo DS Lite ditawarkan. Layari www.kingston.com/asia/verify sekarang.

Guna komputer sebagai interkom


KOMPUTER kini boleh digunakan sebagai telefon untuk berhubung dengan keluarga, rakan atau rakan sekerja.

Apa yang diperlukan hanyalah perisian yang boleh menyokong kemudahan seumpamanya di atas standard Suara Menerusi Protokol Internet (VOIP).

Oleh kerana Skype merupakan perisian untuk menggantikan telefon biasa, ianya beroperasi seperti telefon yang mana apabila panggilan dibuat, penerima perlu menekan butang 'Answer' sebelum perbualan boleh dilakukan.

Kadangkala kita perlukan kemudahan yang terdapat pada telefon di pejabat kita yang mana penerima boleh terus mendengar suara pemanggil tanpa perlu menjawab panggilan.

Kemudahan itu dinamakan Interkom.

Kemudahan menggunakan Interkom di komputer kini boleh digunakan dengan perisian yang dinamakan Loudtalks.

Ia boleh dipindah turun di www.loudtalks.com. Apabila perisian sudah dipasang, anda boleh berkomunikasi dengan sesiapa saja di seluruh dunia seolah-olah mereka berada di pejabat yang sama.

Selepas perisian dipasang, langkah pertama adalah mendaftarkan nama pengenalan anda: Beritahu rakan anda supaya memindahturunkan perisian yang sama dan seterusnya mendaftarkan nama pengenalan mereka.

Selepas rakan anda berjaya mendaftar, anda hanya perlu memilih Tools > Add a contact untuk berkomunikasi dengan mereka Selepas anda menjemput rakan anda untuk berkomunikasi, pastikan rakan anda menerima jemputan itu untuk perbualan boleh diteruskan. Untuk berhubung dengan rakan anda yang namanya berada di dalam senarai, anda hanya perlu pilih nama mereka dan tekan butang untuk bercakap.

Kawal perisian ketika proses start-up


Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalam komputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik setiap kali komputer dimulakan.

Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebihlebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan.

Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihat di dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar. Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senarai ikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.

Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan.

Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam 'System Tray', ikuti langkah berikut:

1. Pilih Menu Start > Run > Taip: MSCONFIG Gambar Tip1 2. Pilih Tab Startup Gambar Tip2 3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan.

Tekan OK apabila selesai.

4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakan sekali lagi. Tekan 'restart'.

5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakan komputer selepas senarai diubah.

6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkah seperti di atas.

Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu.

Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap.

Saturday, May 30, 2009

Vokal Remover


Memandangkan perisian ini pernah saya gunakan semasa Pertandingan nasyid peringkat institut.Boleh dikatakan puas hati lah jugak.

Mungkin ada diantara anda yang pernah tertanya-tanya, bolehkah suara vokal diasingkan dari muzik supaya rakaman tersebut dijadikan sebagai versi karaoke?

Ya, untuk mengasingkan vokal dari muzik, anda memerlukan satu perisian khas bagi proses tersebut. Keberhasilan mengasingkan vokal dari muzik amat bergantung kepada faktor fail lagu tersebut di mana fail tersebut perlulah ideal. Dalam erti kata lain, lagu itu perlulah berada dalam keadaan yang sempurna . Jika tidak, proses pengasingan tidak akan berhasil.

Disebabkan berlakunya pengasingan audio, kebanyakan proses pengasingan akan menghasilkan kualiti audio yang kurang baik. Anda boleh mencuba sendiri.

Satu lagi cara lain ialah dengan memuat turun perisian AnalogX Vocal Remover. Ia didatangkan dengan dua versi; iaitu versi DirectX untuk aplikasi penyunting audio, dan juga versi pemain audio popular iaitu Winamp.

Anda boleh MuatTurun Disini

Portable ubuntu untuk pengguna windows


Pengenalan
mungkin anda tertanya-tanya apa itu Portable Ubuntu.Portable ubuntu adalah satu sistem operasi yang membolehkan anda semua menggunakan sistem ini didalam pengoperasian windows.

sistem ini dibina oleh salah satu kompulan "open source" dari sourceforge.net yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Demoncc.sistem ini dibantu oleh aplikasi yang lain iaitu Colinux kernel,Xming Xserver dan Pulse Audio untuk membolehkan Portable Ubuntu digunakan pada sistem operasi Windows.

saya pun telah mencubanya didalam sistem windows XP dan ternyata amat menakjubkan.Jadi kepada pelawat yang ingin mencuba Sistem Pengoperasian Ubuntu versi Portable ini,anda boleh Muat Turun di Sini.

Edit animasi GIF menggunakan Photoshop CS3


Pengenalan
Bagi pengguna Adobe® Photoshop® CS3, anda mungkin menyedari Adobe® ImageReady® tidak lagi didatangkan dengan perisian Photoshop. Ini kerana ImageReady dan Photoshop telah digabungkan. Memberikan kelebihan untuk proses editing dan pembikinan animasi GIF dengan lebih baik

Masalah
Anda mungkin kecewa kerana kumpulan pembangun di Adobe tidak memasang kebolehan untuk membuka fail animasi GIF pada Photoshop, kemungkinan besar mereka terlupa.

Penyelesaian
Namun, dengan sedikit pengubahsuaian pada pengunaan Photoshop, anda dapat membuka fail animasi GIF.

1. Dari Photoshop anda, klik File>import>video frames to layers.

2. Anda akan dapat satu paparan untuk "Load" fail video.

3. Dalam bahagian "File Name", masukkan *.* klik "Load" atau enter.

4. Anda tidak akan membuka sebarang fail, sebaliknya anda dapat melihat semua jenis fail.

5. Pilih fail animasi gif anda, klik "Load" atau "double click".

Kini anda boleh edit file animasi gif anda seperti biasa.

Thursday, May 28, 2009

Mengawal Kecurian Maklumat dalam Vista

Windows Vista membenarkan anda membuat (halangan) restriction pada perkakasan dan peralatan komputer dari kecurian data. Restriction ini boleh dikawal melalui Group Policy.

1) Klik Start ORB -> Run

2) Taipkan "gpedit.msc" dan tekan Enter

Untuk membuat halangan pemasangan peranti baru, cari aturan polisi berikut:

Computer Configuration\Administrative Templates\System\Device Installation\ Device Installation Restrictions

Untuk membuat halangan peranti media mudah alih, cari aturan polisi berikut:

Computer Configuration\Administrative Templates\System\removable Storage Access

Nota: Kemudahan Group Policy (gpedit.msc) hanya terdapat dalam semua jenis Windows Vista kecuali Home Basic dan Home Premium.

Print Thread Kesan Prefetch dalam XP

Windows XP mengandungi satu direktori yang dipanggil Prefetch bagi menyimpan fail-fail dan aplikasi yang sering dicapai. Dengan prefetching atau dalam bahasa mudahnya "mengambil semula", Windows XP boleh membaca terus data-data di dalam direktori simpanan (cache) ini. Dengan ini anda akan mendapati prefetching boleh membantu meningkatkan kelajuan capaian fail dalam sistem.

Walaubagaimanapun, sesetengah fail-fail di dalam direktori Prefetch jarang digunakan. Kesannya anda akan mengalami kelembapan semasa komputer dihidupkan (boot).

Untuk mengatasi isu ini:

1) Klik Start -> Run

2) Taip Prefetch dan tekan Enter (Satu tetingkap Prefetch akan muncul dari Windows\Prefetch)

3) Buang (delete) semua fail yang terdapat dalam folder tersebut.

Format Windows XP melalui console

Selain memformat cakera keras (hard disk) cara automatik, ia juga boleh dilaksanakan secara manual melalui arahan Recovery Console. Untuk mengakses Recovery Console:

1) Boot PC menggunakan cakera padat Windows XP

2) Pada skrin Windows XP Professional Setup, tekan butang "R". Lihat Gambarajah 1 di bawah:


Rajah 1: Windows XP Professional Setup

3) Kemudian buat pilihan Windows. Jika anda hanya mempunyai satu Windows, tekan "1"

4) Masukkan kata laluan bagi Admin

Berikut adalah contoh arahan format melalui Recovery Console:

FORMAT drive: /Q /FS:sistem-fail

Arahan Perintah
C:\Windows> FORMAT C: /Q /FS:NTFS

Suis /Q akan melaksanakan format segera. Suis /FS pula akan menentukan jenis sistem fail (FAT, FAT32 atau NTFS).

Apabila selesai, taip Exit untuk keluar.

Arahan Perintah
C:\Windows> exit

Print Thread Photoshop SpeedUp - Melajukan Adobe Photoshop

Adobe Photoshop SpeedUp ialah perisian untuk mengurangkan masa muat (load) Adobe Photoshop dengan mematikan plug-ins yang tidak diperlukan. Terdapat beberapa pilihan seperti: memuatkan fon, memuatkan preset, dan juga jumlah penggunaan memori. Anda juga boleh mengembalikan aturan lama pada bila-bila masa. Perisian Adobe Photoshop SpeedUp adalah percuma (freeware), serasi Adobe Photoshop versi 3 dan ke atas.

Klik Disini Untuk MuatTurun

Ulasan:
Peralatan kecil ini amat mudah untuk digunakan. Buka fail yang telah dimuat turun (tidak perlu install!) dan klik butang "Optimize" dan... Selesai! Anda juga boleh mengembalikan aturan lama dengan mengklik pada butang "Restore".

Keputusannya? Saya telah mencuba program ini menggunakan sistem P41.7GHz, 352MB RAM. Jika tidak dioptimum, ia mengambil masa 25 saat bagi Adobe Photoshop untuk selesai dimuatkan ke dalam memori. Selepas dioptimumkan, ia mengambil masa hanya 7 saat sahaja! Laju bukan?

Tetapi, optima itu adalah pada tahap MAKSIMUM. Anda mungkin tidak akan mendapat keputusan yang lebih rendah dari itu kerana kebanyakan plug-ins telah pun dimatikan. Pilihan terbaik ialah dengan hanya memilih plug-ins yang tidak/jarang anda gunakan pada Photoshop.

Pendapat:
Sesuai digunakan untuk pengguna Photoshop yang berpengalaman kerana mereka lebih mengetahui plug-ins yang manakah yang perlu dan mana yang tidak perlu.

Wednesday, May 27, 2009

Images Hosting


Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua,Images hosting yang boleh dkatakan antara yang terbaik yang pernah saya guna.dibawah adalah senarai images hosting,anda boleh menggunakan salah satu image hosting yang terdapat didalam senarai.

  1. http://ahpic.com
  2. http://www.500images.com
  3. http://www.dreamupload.net
  4. http://www.freeimagehosting.net/

Tuesday, May 26, 2009

Apa Itu VPN (Virtual Private Network)

Mungkin anda pernah mengetahui dan mungkin juga anda tidak mengetahui apa itu VPN.Saya akan menerangkan serba sedikit tentang VPN.VPN adalah sebuah bentuk dari WAN (Wide Area Network). Kunci utama dari VPN, adalah pada kemampuannya menggunakan jaringan public seperti Internet untuk mengakses jaringan lain macam kita mengakses rangkaian local. Contoh kompeni besar @ kerajaan yang mempunyai beberapa cawangan @ site , tiap-tiap site jarak berjauhan ,komputer client di tiap site dapat saling berhubung dengan komputer client di site lainnya dengan menggunakan teknologi VPN .VPN nya sendiri menggunakan jalur internet sebagai connection.setiap komputer berhubung melalui jalur VPN , tiap2 komputer dapat mengakses ke komputer lain dengan menggunakan IP @ hostname yang telah diberikan oleh VPNserver, tidak menggunakan IP public.Saya ambil contoh pada gambar diatas,katakan kesemua rangkaian diatas adalah didalam satu jabatan @ kompeni tetapi berlainan negeri.jadi dengan adanya VPN ini,rangkaian dari A dapat terus berhubung dengan rangkaian dari B dengan menggunakan IP yang telah ditetapkan oleh VPN server tanpa menggunakan IP public dari ISP(Internet Services Provider).

Pengetahuan kepada DHCP


salam kepada semua pembaca,kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol)
kebiasaan kita akan jumpa protokol ini dalam satu kompeni atau satu rangkaian dalam Local Area Connection(LAN).

DHCP-Dynamic Host Control Protocol


DHCP atau Dynamic Host Control Protocol membolehkan client dalam sebuah network mendapat IP dan maklumat-maklumat lain seperti gateway, DNS server dan WINS server secara automatik apabila dibootkan. Dengan menggunakan DHCP kerja-kerja pengendalian dapat dimudahkan terutamanya apabila melibatkan network yang besar dengan jumlah user yang ramai. Bayangkan jika anda mengendalikan sebuah network yang mengandungi 2000 user, kerja-kerja memasukkan IP dan maklumat-maklumat lain memakan masa yang banyak dan tenaga pekerja yang ramai. Tetapi dengan DHCP kerja-kerja ini dapat dikurangkan dan pengendalian IP dapat dibuat secara berpusat dan terkawal .Kerja-kerja troubleshooting seperti konflik IP amat mudah untuk dikawal kerana IP duplicate tidak akan berlaku.


Jangkamasa IP dan maklumat DHCP kekal bergantung kepada leased time yang ditetapkan. Client DHCP akan cuba memperbaharui maklumat mereka setiap kali tempoh leased mencapai 50% dari tarikh tamat . Ada 4 proses bagi client untuk mendapatkan maklumat DHCP.

i) DHCPDISCOVER Client menghantar broadcasts mesej DHCPDISCOVER pada 255.255.255.255 (seluruh network) dalam network untuk mencari lokasi DHCP server dan IP dan maklumat lain. Client juga menghantar maklumat seperti MAC address dan nama komputer tersebut supaya server mengetahui dari mana datangnya DHCP DISCOVER tersebut.

ii) DHCPOFFER Setelah menerima mesej DHCPDISCOVER tersebut kesemua DHCP server (mungkin ada lebih dari satu DHCP server dalam rangkaian) akan menghantar DHCPOFFER kepada client dengan maklumat-maklumat seperti MAC address client, ip address, subnet mask dan ip address DHCP server tadi. Client akan menerima tawaran pertama yang diterima oleh DHCP server tadi (katakan namanya DHCP server A) dan DHCP server A akan mereserve ip address yang diberi kepada client tersebut supaya tidak digunakan untuk client lain.

iii) DHCPREQUEST. Setelah menerima ip address dari satu DHCP server, client akan menghantar mesej DHCPREQUEST (bersama dengan ip address DHCP server A) kepada semua DHCP server untuk memberitahu bahawa client tersebut telah menerima IP dari satu DHCP server. DHCP lain akan menarik semula tawaran mereka.

iv) DHCPACK Akhir sekali, DHCP server A akan menghantar DHCPACK kepada client dan menghantar maklumat lain seperti gateway dan lain-lain. Apablia DHCPACK diterima oleh client, komunikasi TCP/IP bagi client adalah lengkap dan komunikasi boleh bermula!.

Manual Ubuntu Kualiti Tinggi


Manual ini diambil dari blog melayubuntu dan kebetulan saya juga adalah seorang pengguna ubuntu,secara langsung saya mempromosikan sistem operasi ubuntu kepada semua rakyat malaysia.

apa yang kita tahu,ubuntu adalah satu sistem operasi yang percuma dan pembinaannya mempunyai komuniti yang agak kukuh.saudara zul dari terengganu telah mengambil alternatif bagi mengembangkan penggunaan ubuntu di malaysia dengan membina satu manual ubuntu versi melayu dan diberi secara percuma kepada semua yang beminat.Manual Ubuntu ini mengandungi dan memuatkan kesemua ilmu asas yang perlu anda ketahui tentang ubuntu.Kepada sesiapa yang berminat boleh klik link dibawah untuk muat turun manual ubuntu.

klik di sini untuk Muat Turun.

saya harap kepada semua pembaca,anda dapat menggunakan manual penggunaan ubuntu ini dengan sebaik mungkin.Klik link dibawah untuk menempah CD ubuntu.

Klik disini untuk Laman Rasmi Ubuntu
Klik disini untuk menempah CD ubuntu secara Percuma

Sunday, May 24, 2009

Salam dari Admin.


Kepada semua pengunjung blog LombongIT.Saya memohon maaf kepada anda semua kerana kebelakangan ini saya kurang mengupdate blog ini.ini kerana saya adalah pelajar semester akhir dan masa agak singkat untuk menyiapkan segala kerja yang diminta oleh pihak pengurusan ipt.saya juga begitu sibuk dengan projek akhir dan alhamdulillah projek akhir saya telah siap dan tunggu masa untuk pembentangan.saya telah membuat penyelidikan terhadap blog ini dan LombongIT cuba maju setapak lagi dengan menukar template dan cuba memperbaharui laman muka LombongIT bagi menarik pembaca dan supaya pembaca tidak jemu untuk melayari blog ini.segala pertanyaan boleh terus email kepada admin di : meteora_hackers@yahoo.com.segala kesulitan semasa anda melayari blog ini didahului dengan ribuan kemaafan dari admin.

Saturday, May 23, 2009

Mimos gondol anugerah reka bentuk

MIMOS Berhad (Mimos) berjaya menggondol tiga Anugerah Tanda Reka Bentuk Barangan Malaysia 2008 di bawah kategori media dan elektronik rumah dengan inisiatif kerajaan di bawah Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) .

Anugerah itu diperkenalkan bertujuan mengiktiraf kualiti dan reka bentuk terbaik produk yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.

Ia juga bertujuan mempromosikan produk rekaan tempatan bagi rekaan terbaik dan kualiti terbaik dan MIMOS memenangi melalui tiga jenis teknologi yang diciptanya iaitu pengumpul data pertanian, router MIMOS WiWi tanpa wayar dan Jen-ii.

"Kami berbangga dengan kemajuan teknologi kami yang telah diiktiraf kerana kualiti dan inovasi.

"Anugerah berkenaan mampu dijadikan sebagai komitmen bagi memastikan Mimos menjadi pusat penyelidikan tambahan dalam teknologi di masa akan datang," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Datuk Abdul Wahab Abdullah.

Maklumat mengenai tiga jenis teknologi itu ialah:

l Pengumpul Data Pertanian yang direka oleh Jurutera Mimos (Reka bentuk Industri), Nuzairi Yasin merupakan penderia Sistem Mekanikal Mikro Elektro (MEMS) yang digunakan untuk mengesan komposisi dan keadaan tanah.

Berbentuk bujur dengan permukaan badan yang terang dan mudah dibawa menjadikannya mudah digunakan pada tapak pertanian.

l Router tanpa wayar MIMOS WiWi direka oleh jurutera MIMOS (Reka bentuk Industri), Saharudin Busri.

Ia merupakan teknologi hibrid WiMAX dan WiFi yang mempunyai rekaan rangkaian tanpa wayar kapasiti tinggi (WMN) menggunakan teknologi WiMAX.

Router tanpa wayar MIMOS WiWi menampilkan reka bentuk ringkas dengan radius sudut, mudah dipasang, kalis air, menjimatkan kos dan mesra alam.

Jen-ii (Jendela Informasi Internet) direka oleh jurutera Mimos (Reka bentuk Industri), Saharudin Busri merupakan peralatan bagi membantu celik ICT bagi masyarakat luar bandar dan merapatkan ruang digital.

Direka dengan teknologi komunikasi terkini bagi semua peringkat usia, Jen-ii boleh dikatakan sebuah kotak yang boleh disambungkan kepada televisyen yang menawarkan sambungan Internet dan akses kepada kandungan yang ada di dalamnya.

Ini merupakan tahun kedua Mimos memenangi Anugerah Reka Bentuk Barangan Malaysia.

Tahun lalu, iDOLA telah diiktiraf kerana reka bentuk dan kualiti juga di bawah kategori media dan produk elektronik rumah.

iDOLA merupakan komputer peribadi mampu milik yang direka bagi menjadikan pengkomputeran dan maklumat mudah diperolehi oleh pengguna.

Dalam 12 tahun Anugerah Tanda Reka bentuk Malaysia mengiktiraf usaha sektor industri dalam penyelidikan dan pembangunan produk baru ke arah menjadikan negara sebagai salah satu penyumbang dalam pembangunan teknologi dunia.

SKALI tawar peluang kerjaya bidang IT


SEAKAN menjadi trend, setiap kali berlakunya kegawatan ekonomi, banyak syarikat perniagaan mengambil keputusan untuk memberhentikan pekerja mereka.

Namun, hakikat berkenaan tidak boleh diketepikan kerana tindakan itu diambil bertujuan untuk mengurangkan kos perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh sesebuah syarikat bagi memastikan perniagaan mereka terus bertahan.

Secara puratanya, hampir 30,000 orang hilang pekerjaan setiap tahun akibat diberhentikan dan keadaan tersebut tentunya akan memberi impak yang besar kepada individu terlibat.

Di negara kita, banyak pihak yang prihatin terhadap masalah itu telah menganjurkan pelbagai program khas sebagai usaha membantu mereka yang menganggur mendapatkan pekerjaan.

Sebagai contoh, sebuah syarikat teknologi maklumat (IT), Kumpulan SKALI telah mengambil inisiatif menyediakan peluang latihan dan pekerjaan kepada golongan penganggur serta para graduan.

Diasaskan pada tahun 1997, syarikat yang berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) itu mempunyai kepakaran dalam bidang infrastruktur teknologi maklumat (IT) dan penyelesaian e-perniagaan.

Di samping itu, mereka turut menawarkan perkhidmatan lain seperti operasi pusat data Internet, aplikasi web serta konsultasi penyelesaian bidang teknologi.

Perkhidmatan utama kendalian Kumpulan SKALI adalah Perkhidmatan Pengurusan Portal (MPS) yang merupakan projek pengendalian laman web kerajaan di bawah satu standard rangka kerja teknologi.

Projek MPS sebenarnya telah mendapat kontrak pelaksanaan selama enam tahun daripada kerajaan Malaysia dan telah pun memulakan fasa pertamanya pada Oktober 2007.

Pelaksanaan fasa pertama MPS menyaksikan SKALI membangun dan menyelenggara 152 laman web yang mana 50 daripadanya untuk kementerian dan 102 lagi bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia dan juga Labuan.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Saiful Khairi Zainuddin, MPS sebenarnya merupakan projek pembangunan dan penyelenggaraan laman web kerajaan negeri serta kerajaan persekutuan secara kolektif bagi penyampaian maklumat lebih mudah kepada orang awam.

''Projek ini secara tidak langsung dapat membantu memajukan aplikasi digital yang ditawarkan oleh perkhidmatan e-kerajaan.

''Menerusi pengkhususan seperti ini, ia akan memberi peluang kepada pihak pentadbiran untuk memberi tumpuan kepada isu yang lebih kritikal berbanding pengurusan laman web,'' katanya ketika ditemui di ibu pejabatnya di Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, konsep MPS itu turut mendapat sambutan dari negara-negara seperti Brunei, Arab Saudi, Kuwait dan Jordan untuk melaksanakan program yang sama.

Apa yang menarik mengenai MPS, ia memberi fokus kepada pembangunan dalam tiga teras utama iaitu berkaitan kluster IT, kemudahan pengendalian dan penyelesaian.

Selain itu, MPS turut prihatin terhadap golongan kurang upaya menerusi penyediaan pilihan paparan khas bagi membolehkan individu yang mengidap kecacatan seperti rabun jauh atau rabun dekat boleh melayari laman web terlibat.

Bagi memastikan laman web yang dikendalikan itu diselenggara dengan baik, pihak Kumpulan SKALI telah memperkenalkan program latihan bagi mewujudkan lebih ramai usahawan tekno serta tenaga pekerja mahir dalam bidang IT.

Program yang diberi nama Perintis dan Pembaharuan Pengetahuan Ekonomi SKALI (SPIKE) itu telah dilancarkan pada tahun 2007 dengan matlamat menawarkan latihan komprehensif dan praktikal dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sementara itu, Pengarah Pembanguan Organisasi SKALI untuk program MPS, Rosli Mohd. Said berkata, MPS memberi fokus kepada pembangunan model insan di samping mengetengahkan modul berkaitan sosial dan ekonomi.

''Antara golongan yang disasarkan untuk menyertai program ini adalah pelajar universiti, graduan menganggur, golongan profesional dan juga individu yang berminat untuk menjadi usahawan ICT.

''Selama tiga bulan ia dijalankan, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti multimedia dan perniagaan, pengaturcaraan dan rangkaian IT,'' katanya.

Di samping itu, mereka turut diberi latihan berkaitan kemahiran seperti pengurusan projek, keusahawanan, kepimpinan, penyelesaian pembangunan serta kawalan kualiti

Apa yang menarik, para peserta akan menerima bayaran elaun sebanyak RM500 sebulan selain sijil tamat pengajian serta jaminan pekerjaan di 16 syarikat ICT tempatan dan 152 rangkaian pelanggan yang bekerjasama dengan SKALI.

Sehingga kini, program SPIKE yang mempunyai 12 orang tenaga pelajar telah melatih seramai lebih 420 peserta di tiga pusat latihannya di Kuala Lumpur, Terengganu dan juga Perak.

Menarik mengenai SPIKE, ia telah membuka sebanyak lebih kurang 600 peluang pekerjaan kepada masyarakat pada pelaksanaan MPS fasa pertama.

Untuk fasa keduanya tahun ini, Kumpulan SKALI merancang untuk mengambil 1,000 lagi kakitangan untuk berkhidmat di industri ICT dengan memberi fokus kepada graduan yang menganggur.

Menurut beberapa orang pelatih yang ditemui, peluang menyertai SPIKE seharusnya tidak dilepaskan kerana ia bakal memberi pengalaman yang cukup berharga.

Menurut Rohaya Md Jani, 28, selain kemahiran secara teknikal, program tersebut turut memberi kepercayaan kepada pelatih menjalankan tugas sebagai seorang usahawan ICT sebenar bermula dari peringkat awal sehingga akhir.

''Kami diberi peluang untuk bertemu sendiri dengan klien untuk berbincang tentang keperluan dan rekaan laman web yang mereka inginkan.

''Sepanjang program berjalan, kami juga di ajar untuk menjalankan sesuatu tugasan secara berkumpulan sebelum dibentangkan kepada tenaga pengajar,'' jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi pelatih, Engku Ahmad Nazri Engku Ariff, 30, memberitahu, seseorang pelatih yang telah berjaya juga akan terus di pantau dan menerima bimbingan lanjutan.

''Walaupun telah berjaya diterima bekerja di industri ICT, pihak SKALI masih lagi menawarkan bantuan dari semasa ke semasa agar pelatih terus menunjukkan prestasi cemerlang.

Mereka yang berminat untuk menyertai program berkenaan boleh melayari laman web www.spike.com.my untuk mengisi borang sebelum menghadiri sesi temuduga.

Secara keseluruhannya, penawaran program sedemikian sangatlah dialu-alukan dalam usaha membantu golongan penganggur menceburi bidang ICT bagi jaminan masa depan mereka.



Monday, May 18, 2009

Kecil tapi kukuh


MEMAHAMI keperluan golongan profesional, pengeluar produk teknologi, HP memperkenalkan portfolio baru untuk komputer HP Mini dengan tawaran pengalaman pengkomputeran terbaik menerusi saiznya yang kecil dan mudah alih.

Dengan mengetengahkan ciri-ciri menarik, HP Mini 2140 disempurnakan dengan bingkai aluminium yang berkilat, kukuh serta ringan iaitu hanya 1.19 kilogram (kg).

Komputer riba itu turut didatangkan dengan skrin LED diagonal HP Illumi-Lite tahan calar yang bersaiz 10.1 inci selain mempunyai papan kekunci QWERTY mesra pengguna serta pilihan cakera keras berkapasiti tinggi 80 gigabit (GB).

Selain kelebihan dari segi kekukuhan dan rekaannya, produk pengkomputeran terbaru ini turut diintegrasikan bersama fungsi inovatif untuk kegunaan di mana-mana sahaja.

HP Mini 2140 digerakkan secara produktif oleh pemproses Intel Atom yang mempunyai kelebihan untuk fungsi penyejuk, menjimatkan tenaga serta memperbaiki jangka hayat bateri.

Rekaan sofistikatednya juga membenarkan pengguna melayari Internet menerusi teknologi wayarles seperti Wi-Fi dan WLAN serta sambungan Bluetooth 2.0.

Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan kamera web VGA binaan dalam untuk kemudahan aktiviti merakam imej, persidangan video dan juga mesej pantas melalui video.

Aksesori yang ditampilkan bersama model berkenaan pula adalah termasuk stesen pelabuh USB, pembesar suara audio USB mudah alih dan pemacu cakera optik untuk menulis dan membaca dalam format cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD).

HP Mini 2140 kini boleh diperolehi dengan tawaran harga RM1,699 untuk sistem operasi Windows XP Home dan RM2,299 untuk Windows XP Professional.

Keistimewaan tetikus wayarles


TEKNOLOGI wayarles kini telah diimplementasikan dalam kebanyakan peranti pengkomputeran kerana menerusinya tiada lagi penggunaan wayar berselirat diperlukan.

Mengambil contoh tetikus, perjalanan operasinya secara wayarles menawarkan banyak kemudahan kepada pengguna sama ada untuk tujuan menyelesaikan tugas, berhibur atau bermain permainan video.

Bagi memenuhi keperluan itu, sebuah syarikat pengeluar peranti komputer peribadi, A4 Tech baru-baru ini telah memperkenalkan tetikus wayarles Nano G7 630.

Produk tersebut mempunyai kelebihan capaian julat sambungan sehingga 15 meter (m) dengan kelajuan wayarles tanpa gangguan 2.4GHz.

Untuk memastikan sensor pada tetikus itu dikesan, ia didatangkan bersama penerima sensor nano USB 2.0 mudah alih.

Pengguna boleh memilih sendiri kadar kelajuan diingini seperti kegunaan pejabat (125Hz), kerja grafik (250Hz) dan permainan video (500Hz).

Berbeza daripada produk tetikus biasa, Nano G7 630 mempunyai lapan fungsi pilihan yang ditawarkan pada butang sebelah kanannya.

Tetikus itu kini dijual pada harga RM99.

Komputer riba mewah Dell Adamo

SETARAF dengan barangan mewah lain seperti Gucci, LV, Prada, Ferrari, kini pengeluar komputer terkemuka Dell juga mengeluarkan komputer riba sekelas dengannya.

Komputer riba yang diberikan nama Adamo atau dalam bahasa Latin bermaksud 'untuk jatuh cinta' itu merupakan satu tanda aras gajet mewah masa kini.

Gajet ternipis dengan gaya mewah terkini itu bakal memasuki senarai bahan yang perlu dimiliki tahun ini.

Adamo dihasilkan daripada satu bongkah aluminium padu yang diukir dengan tepat bagi menghasilkan satu komputer riba.

Bagaimanapun sama seperti komputer riba lain, Adamo disambungkan dengan WiFi, Bluetooth serta jalur lebar mudah alih bersepadu pilihan.

Terdapat dalam warna hitamoniks dan putih mutiara dengan pelbagai pilihan aksesori dan harga bermula dengan RM7,399.

Pembeli Adamo akan ditawarkan koleksi aksesori padanan warna unik jenama Dell termasuk beg eksklusif dari TUMI.

Tuesday, April 7, 2009

Kaspersky Lab untuk pelanggan Asia Selatan

PERMINTAAN yang tinggi terhadap aktiviti membeli-belah secara dalam talian telah mendorong syarikat pengurusan sekuriti teknologi maklumat, Kaspersky Lab untuk membuka platform perkhidmatannya secara dalam talian.

Memberi fokus kepada pelanggan di Asia Selatan, pembukaan stor yang berpengkalan di Malaysia itu merupakan strategi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dalam menghadapi kelembapan ekonomi.

Perkhidmatan yang diberi nama The Antivirus365.net atau The eStore itu telah mula dibuka pada 17 Februari lalu untuk aktiviti kawalan dan pengurusan di 11 buah negara iaitu Myanmar , Brunei, Kemboja, Timor Timur, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Menurut Pengarah Urusan Kaspersky Lab Asia Pasifik, Harry Cheung, pendekatan dalam talian yang diperkenalkan adalah untuk menawarkan saluran jualan yang lebih mudah kepada pelanggan di seluruh negara.

''Ia merupakan misi kami untuk memastikan produk-produk jualan mudah untuk diperolehi selain memberi penjimatan dari segi masa dan kos,'' katanya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh eStore adalah seperti Kaspersky Internet Security, Kaspersky Anti-Virus, Kaspersky Mobile Security, Kaspersky Small Office Security selain memperbaharui lesen perisian secara dalam talian.

Di samping jualan, platform itu turut menawarkan khidmat sokongan pelanggan komprehensif, pertanyaan melalui laman sembang, sokongan teknikal melalui e-mel, telefon dan forum, muat turun perisian percubaan secara percuma dan pengumuman maklumat virus terkini.

Apa yang menarik, pengguna boleh membuat pembayaran mengikut nilai mata wang negara mereka sendiri.

Cara pembayaran pula boleh dilakukan menerusi perbankan elektronik, paypal, kad penebusan mata serta khidmat pesanan ringkas (SMS).

Alcatel raih kontrak Ethernet dengan TM

ALCATEL Lucent baru-baru ini mengumumkan kejayaannya meraih kontrak bernilai RM28 juta untuk meluaskan rangkaian Ethernet 10 Gigabit sedia ada Telekom Malaysia (TM).

Kontrak tersebut akan menyaksikan peluasan rangkaian di kawasan tengah dan utara Semenanjung Malaysia, iaitu dua daripada kawasan paling padat dengan penduduk di negara ini, dan sekali gus menyokong matlamat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara jalur lebar.

Penyelesaian Alcatel-Lucent akan membolehkan TM menawarkan Talian Pajak Maya (VLL) dan perkhidmatan LAN Persendirian Maya (VPLS) kepada pelanggan perniagaannya.

Rangkaian generasi baru ini juga akan membentuk landasan untuk menggabungkan gerbang capaian generasi akan datang (NGN) TM dan IPDSLAM bagi perkhidmatan masa depan, termasuk triple-play, membolehkan TM menawarkan perkhidmatan lanjutan gelombang seterusnya dengan pelaburan tambahan yang kecil.

Rakan niaga tempatan Alcatel-Lucent iaitu Airstar (M) Sdn. Bhd. akan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan penyenggaraan.

Airstar ialah sebuah syarikat dengan status bumiputera dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mengambil bahagian secara aktif dalam projek pembangunan MSC dan juga giat melibatkan diri dalam industri telekomunikasi.

Ia merupakan antara kumpulan syarikat Malaysia yang pertama untuk memperolehi Skim Geran R&D MSC (MGS) yang diluluskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (ketika itu) pada 2002.

Sementara itu, kontrak berkenaan menyusuli perjanjian tiga tahun yang dimeterai oleh Alcatel-Lucent dan Airstar pada 2006.

Pegawai Kanan Negara bagi Alcatel-Lucent Malaysia Patrick Veron, penyelesaian Alcatel-Lucent memberikan asas kepada TM untuk menyokong sasaran kerajaan menjadikan kemudahan jalur lebar tersedia di seluruh negara, justeru mewujudkan negara yang lebih kompetitif.

''Dengan menggunakan infrastruktur IP yang boleh dipercayai dan bersepadu, TM boleh memenuhi permintaan perniagaan hari ini yang mengendalikan aplikasi sangat penting yang memerlukan lebar jalur yang tinggi,''ujarnya.

Kontrak tersebut kata beliau, mengukuhkan kedudukan Airstar dan juga Alcatel-Lucent sebagai rakan teknologi penting dan pembekal kepada TM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Airstar, Zulkifli Osman, penyelesaian IP boleh digabungkan dengan kepakaran ICT Airstar untuk menyokong projek transformasi rangkaian tersebut.

Alcatel-Lucent akan menggunakan portfolio peneraju industri IP/MPLS yang merangkumi Penghala Perkhidmatan 7750, Suis Perkhidmatan Ethernet 7450, Suis Capaian Perkhidmatan 7250 dan Service Awareness Manager 5620.

Dibina menggunakan infrastruktur IP bersepadu, penyelesaian berasaskan IP Alcatel-Lucent direka untuk menyokong berbilang jenis perkhidmatan dengan skala unggul serta kesediaan perkhidmatan hierarki dan berkualiti, yang mana ia penting untuk menjamin Perjanjian Tahap Perkhidmatan ketat bagi data perniagaan penting.

Pengurusan data untuk IKS


PENERAJU dan pembekal komunikasi teknologi maklumat (IT), Fujitsu Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelancaran rangkaian storan (NAS) khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia.

Dengan tawaran pusat data berbentuk kotak kompak, Primergy NX650 sememangnya sesuai diaplikasikan oleh pengusaha IKS bagi tujuan penyelesaian storan berasaskan platform Windows.

Konfigurasi pelayan NX650 diintegrasikan bersama quad-core Primergy BX620 S4 dan Windows Storage Server 2003 R2.

Ia menawarkan memori utama empat gigabait (GB), pemacu cakera keras (HDD) 36GB selain pemprosesan tambahan 8GB.

Sementara storan NX650 pula menawarkan tiga HDD 146GB dan juga pemilihan lima pemacu untuk kapasiti penyimpanan maksimum sehingga 730GB.

Apa yang menarik, untuk sistem sub penyimpanan, kapasitinya boleh dipertingkatkan sehingga 7.4 terabit (TB).

Antara ciri lain pada produk berkenaan adalah seperti sokongan dan pemulihan data pantas, integrasi storan pusat serta pengurusan konsol berasaskan web mudah.

Unit NAS juga boleh diselaraskan dengan pelbagai konfigurasi untuk disesuaikan bersama sistem sedia ada menerusi fungsi plug and play.

Menurut Pengarah Kanan, Sistem Perusahaan Teknologi Fujitsu Malaysia, Adrian Loh, pengenalan pusat data tersebut dapat memenuhi keperluan pengguna terhadap medium storan yang tidak begitu kompleks.

Primergy NX650 NAS kini boleh diperolehi di negara-negara ASEAN termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan juga Vietnam.

Maklumat lanjut terdapat di laman web http://my.fujitsu.comn atau menghubungi talian 03-8318 3700.


Tuesday, March 24, 2009

Tetikus wayarles edisi baru


Pengguna di negara ini bakal menikmati dua produk Microsoft yang dijangka berada di pasaran dalam tempoh terdekat

Tetikus SideWinder X8 yang terbaru menggunakan teknologi pengesanan dengan menggabungkan semua ciri-ciri terbaik bagi perkakasan untuk pemain permainan video.

Produk tersebut menggunakan teknologi yang menjadikannya lebih pantas dalam penggunaan pada kadar pengesanan 250 ke 4,000 dots setiap inci (dpi).

BlueTrack juga merupakan paling canggih dalam dalam pengesanan teknologi laser dan optik membolehkan tetikus tersebut digunakan dalam pelbagai permukaan selain kaca dan cermin.

Ia menggunakan teknologi wayarles 2.4GHz, dan mempunyai ciri-ciri inovatif sistem play-and-charge bagi membolehkan permainan video dinikmati tanpa henti dalam tempoh 30 jam.

Tetikus tersebut direka bentuk untuk penggemar permainan video prestasi tinggi.

Tetikus Arc pula kelihatan lebih bergaya, unik dan reka bentuknya yang meyakinkan.

Dengan reka bentuknya yang kecil mudah digunakan , khususnya pengguna laptop yang sentiasa mengembara kerana ia tidak perlu ditanggalkan daripada peralatan tersebut.

Produk inovatif itu tampil dengan edisi baru pada Februari lalu pada harga RM599 manakala edisi merah dan hitam pada harga RM199.

Tetikus X8 pula berada di pasaran pada bulan lepas pada harga runcit RM299.


Kawal dengan pelbagai sentuhan


MENERAJUI penghasilan komputer riba dengan fungsi sentuhan, Dell baru-baru tampil dengan model Latitude XT2 menerusi peningkatan dari segi prestasi dan juga sekuriti.

Kelebihan pada fungsi sentuhan itu mampu menerima pelbagai gerakan natural seperti skrol, leretan, pusingan dan pemfokusan dengan disokong oleh aplikasi produktiviti.

Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada pengguna untuk mengaplikasikan sepenuhnya teknologi sentuhan skrin yang ditawarkannya.

Selain itu, fungsi berkenaan juga menawarkan ketepatan yang tinggi untuk setiap sentuhan walaupun menyentuh ikon yang kecil tanpa berlaku sebarang gangguan atau kesilapan.

Menurut Pengarah Produk Kumpulan Dell, Brett Mc Anally, pengenalan kepada produk berkenaan merupakan komitmen pihaknya dalam memberi revolusi dan pengalaman mobiliti terbaik kepada pengguna.

"Berbanding generasi sebelum ini, pelbagai peningkatan prestasi diperkenalkan pada Latitude XT2 dalam usaha membantu pengurusan aplikasi yang lebih baik,'' katanya.

Dari segi rekaannya pula, ia mempunyai banyak kelebihan seperti lebih ringan dan juga nipis serta mudah untuk di bawa ke mana-mana.

Kuasa bateri pada Latitude XT2 juga mampu bertahan sehingga 11 jam kerana ia dilengkapi dengan enam sel bateri selain sembilan sel sebagai pilihan.

Ciri lainnya adalah seperti didatangkan dengan aplikasi pilihan Dell ProSupport, rekaan LCD dengan antena wayarles, disokong oleh pemacu SATA serta dilengkapi sistem sekuriti Dell ControlVault dan ControlPoint Security Manager.

Bagi memberi fleksibiliti kepada pengguna, model itu turut ditawarkan dengan papan kekunci saiz penuh dan pen penyentuh.

Latitude XT2 ditawarkan pada harga RM7,500 dan maklumat mengenainya boleh diperolehi di laman web www.dell.com/latitude.


Wednesday, March 11, 2009

P1 WiMAX jalur lebar terpantas tanpa wayar

Sebagai pengguna tentu saja, kita mahukan produk yang bermutu dengan harga yang mampu dimiliki.

Terkini Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1) melancarkan perkhidmatan WiMAX atau singkatannya Worldwide Interoperability of Microwave Acess di negara ini.

WiMax merupakan jalur lebar berkelajuan tinggi yang membolehkan pengguna mengakses Internet dengan pantas menerusi jalur lebar tanpa wayar.

Secara tidak langsung, kesediaan WiMAX oleh P1 meletakkan negara di persada dunia dengan adanya inisiatif kerajaan mengeluarkan lesen.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Micheal Lai berkata, WiMAX merupakan teknologi jalur lebar tanpa wayar yang berkembang dengan pantas di dunia.

Teknologi termaju WiMAX boleh merapatkan jurang digital pada penduduk di kawasan luar bandar.

Buat masa sekarang, kadar penggunaan Internet di negara ini hanya tujuh peratus berbanding dengan populasi.

Teknologi jalur lebar tanpa wayar WiMAX tidak memerlukan kabel dan ia amat sesuai digunakan di kawasan luar bandar bagi mengatasi jurang digital.

Micheal meramalkan gaya hidup masyarakat akan berubah apabila Internet bukanlah satu bentuk kehendak tetapi keperluan dan kewajipan yang perlu ada pada setiap individu.

Mengambil contoh telefon bimbit yang dahulunya melambangkan kemewahan, kini telah menjadi keperluan pada setiap individu dalam masyarakat dengan penggunaan telefon bimbit mencapai 93 peratus dalam masa tidak sampai 10 tahun.

"Tidak mustahil Internet akan menjadi keperluan dan bakal mengubah gaya hidup dan landskap rakyat negara ini," jelas beliau.

Micheal yakin dalam masa 10 tahun, penggunaan Internet akan menyamai telefon bimbit dengan 60 hingga 70 peratus.

Ini ditambah dengan perkembangan ekonomi yang memerlukan perhubungan jalur lebar tanpa wayar.

Misalnya pendidikan jarak jauh memerlukan sambungan jalur lebar yang baik bagi memudahkan pembelajaran menerusi telepersidangan.

Dalam teleperubatan, jalur lebar tanpa wayar yang baik amat diperlukan bagi memudahkan perhubungan antara doktor dan pesakit.

Pesakit tidak perlu berulang-alik ke hospital tetapi hanya mengambil data yang diperlukan dan dihantar terus ke doktor untuk dianalisis menerusi jalur lebar tanpa wayar.

Dalam e-dagang, jalur lebar tanpa wayar amat diperlukan dalam pemasaran dan promosi melalui Internet ke seluruh dunia.

Internet juga boleh mengubah gaya hidup dengan menjadi sumber hidup, memudahkan memuat turun video dan lagu.

Bagaimanapun jalur lebar tanpa wayar tidak akan berkembang tanpa devise network application (DNA) yang baik.

Tidak lama lagi P1 dengan kerjasama beberapa syarikat lain akan mengeluarkan peralatan untuk memudahkan akses terus kepada jalur lebar tanpa wayar WiMAX seperti komputer mudah alih.

Pada masa depan kemungkinan peralatan seperti PSP, kamera, mp3 dan mp4 akan mempunyai WiMax terbina dalam bagi membolehkan pengguna mengakses Internet.

Tidak mustahil suatu hari nanti nelayan mendapat maklumat mengenai cuaca hanya di hujung jari saja.

Manakala petani pula mendapatkan harga pasaran sayuran di Internet.

Kini kadar penggunaan Internet di rumah perlu ditingkatkan bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Antara kelebihan WiMAX adalah:

l tanpa wayar

l dibina bagi jarak sejauh 30 hingga

50 kilometer

l kelajuan

l mudah alih

l mudah digunakan

Menjelang akhir tahun Intel akan mengeluarkan komputer riba dengan WiMAX bina dalam.

Ekosistem WiMAX dapat merapatkan jurang digital dan tidak semestinya dengan komputer.

Micheal berkata, pihaknya menyasarkan 50 peratus penggunaan Internet di seluruh negara.

Pada masa ini, liputan WiMAX adalah di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis.

WiMAX menyasarkan 40 hingga 45 peratus penduduk Semenanjung Malaysia dan akan mula ke Sabah dan Sarawak menjelang 2010.



Sunday, February 22, 2009

Pencetak untuk keluarga


LEXMARK International (Lexmark) baru-baru ini memperkenalkan pencetak injket 'semua dalam satu' sebagai sebagai sebahagian siri produk untuk kegunaan rumah dan pelajar.

Pencetak untuk kegunaan rumah ini dihasilkan untuk pengguna menjimatkan masa dan wang.

Pencetak dengan ciri-ciri pintar dan praktikal itu membolehkan kegunaan keluarga menikmati keseronokan pengalaman mencetak.

Menurut Naib Presiden Eksekutif dan Presiden Bahagian Pencetakan Pelanggannya, Paul A. Rooke, pencetak berkenaan mudah dipasang.

Dengan trend semasa rumah sebagai komputer pelbagai, suri rumah dan ibu bapa yang bijak boleh menjimatkan wang dengan hanya membeli seunit pencetak.

Dengan ciri-ciri wayarles, sama seperti produk Lexmark sebelum ini, X4950 atau X6650, semua ahli keluarga produk berkenaan boleh melakukan tugasan masing-masing menggunakan pencetak berkenaan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web http://www.lexmark.com/


Friday, February 6, 2009

Lenovo untuk aplikasi moden


KEPERLUAN yang pelbagai dan kemudahan sofistikated dalam bidang pengkomputeran mobiliti telah mendorong banyak pembaharuan dilakukan dalam menghasilkan komputer riba moden.

Bukan setakat aplikasi yang ditawarkan, malah dari sudut kejuruteraan dan rekaannya juga telah dipertingkatkan bagi memberi kepuasan kepada banyak segmen pengguna.

Mengambil contoh Lenovo, syarikat berkenaan sentiasa tampil dengan inovasi dan idea terkini selain menawarkan pelbagai ciri menarik dan canggih pada produknya.

Lenovo baru-baru ini telah memperkenalkan siri komputer riba IdeaPad menerusi empat model yang berbeza iaitu Y650, Y550, Y450 dan S10.

Kehadiran keluarga baru bagi komputer riba itu menawarkan pengguna dengan pelbagai pembaharuan dan peningkatan dari segi kuasa serta aplikasinya.

Memberi fokus kepada aktiviti hiburan berdefinisi tinggi, kesemua model tersebut didatangkan dalam saiz yang kecil, ringan dan nipis berbanding model terdahulu sebagai pilihan terbaik kepada pengguna.

Bagi IdeaPad model Y650, Y550 dan Y450, ia dibangunkan dengan rekaan moden berbentuk heksagon berwarna hitam berkilau pada bahagian penutupnya dengan sentuhan tembaga pada lilitan luarnya.

Buat pertama kalinya, Lenovo menampilkan paparan skrin luas 16 inci pada model IdeaPad Y650 tetapi masih mengekalkan ciri ringannya bagi kemudahan mobiliti.

Kesemua siri Y berkenaan turut diintegrasikan bersama ruang storan cakera keras 500 gigabait (GB) dan memori DDR3 4GB.

Dari segi kelebihan aplikasi hiburan, kesemua model siri Y itu dilengkapi dengan panel paparan berkilat berformat 16:9, kad grafik NVIDIA GFX generasi terkini untuk permainan video serta fungsi audio sekitar Dolby Home Theater.

Model-model tersebut juga dilengkapi dengan perisian Lenovo OneKey Theater bagi mempertingkatkan pengalaman aplikasi audio dan video serta memilih mod sama ada permainan video, filem atau muzik.

Kelebihan lainnya adalah ia dilengkapi dengan fungsi sambungan wayarles, Wi-Fi, Bluetooth serta aplikasi Lenovo OneKey Rescue System untuk menyelamatkan data sekiranya berlaku kegagalan pada sistem.

Untuk model S10 pula, ia merupakan sebuah netbook yang menyasarkan golongan pengguna baru untuk menjalankan aplikasi asas seperti pelayaran Internet, permainan muzik, paparan foto, aplikasi mesej pantas dan sebagainya.


Tuesday, January 27, 2009

Komputer peribadi dengan sambungan 3G


UNTUK memastikan pengguna sentiasa berkomunikasi dalam dunia tanpa sempadan, kebanyakan model telefon bimbit sudah pun menawarkan aplikasi sambungan rangkaian 3G.

Tidak cukup dengan itu, komputer peribadi (PC) juga kini telah dilengkapkan dengan aplikasi berkenaan sebagai alternatif kepada kawasan yang sukar untuk mendapatkan akses Internet.

Inisiatif tersebut sebenarnya telah dijalankan oleh syarikat pengeluar komputer, Qualcomm Incorporated dalam menghasilkan sebuah PC dengan aplikasi sambungan Internet wayarles berkelajuan tinggi.

Komputer yang diberi nama Kayak itu didatangkan dengan sambungan jalur lebar 3G tersedia tanpa memerlukan peranti atau aksesori luar secara berasingan.

Secara asasnya, fungsi tersebut dipacu oleh stesen mobiliti Qualcomm Dual Core dengan siri set cip MSM7xxx.

Antara ciri yang ditawarkan oleh Kayak adalah seperti aplikasi pelayaran web 2.0, pelayaran menerusi perisian Opera dengan resolusi desktop, menyokong aplikasi televisyen serta sesuai digunakan bersama peralatan asas seperti tetikus, papan kekunci, permainan muzik dan konsol permainan video.

Naib Presiden Pemasaran Korporat Inventec Corporation, Mark Hirsch berkata, pengenalan komputer tersebut bakal merancakkan industri telekomunikasi dalam beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Pengurusan Produk Qualcomm CDMA Technologies, Luis Pineda berkata, komputer tersebut bakal membawa era baru dalam komuniti internet secara global.

Maklumat lanjut mengenai produk berkenaan boleh diperolehi di laman web www.qualcomm.com.


Monday, January 19, 2009


FUNGSI dan kelebihan dunia pengkomputeran mobiliti sememangnya tidak dapat disangkal lagi kerana ia membenarkan aktiviti komunikasi dilaksanakan di mana-mana sahaja.

Namun, kemajuan tersebut tidak bermakna kita melupakan aplikasi pada komputer peribadi (PC) yang merupakan peneraju dalam industri pembangunan komputer serta pernah mengalami zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Sebenarnya, PC mempunyai kelebihannya tersendiri dalam mengaplikasikan pelbagai tugasan seperti di pejabat, sekolah, pusat pengajian tinggi, kafe siber dan di rumah sendiri.

Menyedari komputer jenis tersebut masih diterima pengguna, syarikat pengeluar komputer terkenal, NEC Computers Asia Pacific Sdn. Bhd. (NEC) baru-baru ini telah memperkenalkan komputer peribadi NEC Powermate All In One model P4000 dan P6000.

Memperbaharui siri NEC Powermate P3000 dan P5000 dari segi aplikasi dan peningkatan kuasa, model tersebut juga dilengkapi dengan sistem hiburan terbaik.

Dengan inovasi rekaan sentuhan Jepun, ia menawarkan konsep penjimatan ruang yang diintegrasikan bersama teknologi unik dan sofistikated mengikut trend semasa.

Kelebihan tersebut pastinya bakal melengkapkan kehidupan pengguna menerusi keseronokan menonton filem kegemaran, mendengar muzik, permainan video, pelayaran web dan komunikasi secara dalam talian.

Dari sudut teknikal, kedua-dua model tersebut dibangunkan melalui kelengkapan dan perisian terkini dengan prestasi video, audio dan hiburan digital berkualiti tinggi.

Menurut Pengarah Eksekutif Pasaran Komputer Asia Pasifik, Makoto Iwasaki, pihaknya yakin, dengan pengalaman luas dalam pasaran komputer, produk terbaru itu mampu memenuhi permintaan pengguna terhadap komputer berkuasa.

''Teknologi ini direka untuk pengguna yang menginginkan kelainan dalam fungsi PC mereka,'' katanya.

Dipacu oleh pemproses Intel Core 2 Duo E7200 bersama sistem operasi Windows Vista Home Premium, model tersebut juga dilengkapi dengan ruang simpanan cakera keras sehingga 500 gigabait (GB).

Kesempurnaannya diserlahkan lagi dengan tawaran paparan skrin 19 inci WXGA dengan teknologi NEC Smart Super Shine View EX dan juga lampu LCD berkembar.

Untuk ciri multimedia pula, komputer itu dilengkapi dengan sambungan LAN 802.11b/g/n wayarles, aplikasi kad bacaan multimedia 13 dalam 1, pemacu DVD pintar serta sambungan USB.

Kedua- dua model P4000 dan P6000 masing-masing boleh diperolehi dengan harga RM3,299 dan RM4,299.


Saturday, January 17, 2009


Windows Live generasi baru kini semakin meriah dengan pelbagai pengalaman baru seperti perkongsian gambar, e-mel, mesej segera dan banyak lagi.

Ciri-ciri ini termasuk

- Ciri sosial yang membenarkan pengguna mengakses Windows Live SkyDrive bagi penyimpanan atas talian 25GB.

- Windows Live Messenger yang lebih bersifat peribadi dengan perkongsian gambar lebih mudah dengan drag and drop dalam tingkap perbualan.

- Window Live Hotmail membawa perubahan kepada pengguna dengan mengumpulkan pelbagai akaun e-mel, meningkatkan penyimpanan dan memudahkan berkongsi kalendar dengan yang lain dan menggunakan kalendar dengan Microsoft Outlook.

- Windows Live Group untuk satu kumpulan berbual dalam talian termasuk berkongsi kalendar, alamat e-mel dan mesej segera.

Selain itu Windows Live juga telah menjadi lebih tempatan.

Semua Window Live dan MSN termasuk Messenger, Hotmail dan Spaces sekarang telah mempunyai keupayaan bahasa tempatan dengan menawarkan pengguna peluang untuk Menjelajah, Komunikasi dan Berkongsi dalam bahasa yang mudah difahami dan selesa.

Selain Bahasa Malaysia, Windows Live juga menyediakan keupayaan bahasa tempatan dalam 48 bahasa termasuk Bahasa Indonesia, Thailand dan Vietnam.


Sunday, January 4, 2009

Manfaat program blogging







Seramai 16 pelajar mencatat tujuh dan lapan A dalam peperiksaan PMR (2005) di SMK Tunku Sulong, Kedah sejak mereka diperkenalkan dengan program blogging.







MESKIPUN perdebatan mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) masih belum reda, namun ia sedikit pun tidak menghalang inisiatif British Council untuk terus memperkasakan bahasa Inggeris.

Usaha British Council ini adalah untuk melatih guru memperkukuhkan ikatan antara sistem pendidikan Malaysia dan United Kingdom serta menyokong pembelajaran dan pendidikan bahasa Inggeris di Malaysia.

Ia dilakukan menerusi jalinan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan yang mengadakan latihan sewaktu bekerja bagi para pelatih dan guru yang turut disokong oleh para penaja (HSBC dan Time Engineering).

Tidak hairanlah British Council diiktiraf sebagai pakar global berkenaan pendidikan bahasa Inggeris.

Menyedari negara semakin maju dan sebagai persediaan menjelang abad ke-21, British Council melancarkan penggunaan teknologi di dalam kelas bagi menarik minat pelajar untuk terus mendalami ilmu bahasa Inggeris dengan menggunakan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) seperti komputer dan Internet.

Menurut guru bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Sulong, Kedah, Zur'aiza Abdul Hamid, dalam memastikan pelajar meminati dan mempertingkat ilmu bahasa Inggeris, beliau mengggunakan kaedah ICT yang disaran oleh pihak British Council